Kelab Liga Jepun, Vissel Kobe mengambil keputusan untuk melepaskan pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski setelah gagal untuk mencapai kata putus mengenai kontrak pemain itu yang akan tamat pada 31 Januari.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Vissel menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan sekaligus menamatkan kerjasama antara kedua pihak yang bermula sejak 2016 lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Vissel Kobe pada 2016 daripada kelab Turki, Galarasaray dengan yuran perpindahan sebesar €2.6 Juta. Bersama Vissel, Podolski telah beraksi sebanyak 60 perlawanan dan beliau berjaya menjaringkan 17 gol serta menyumbang 12 assist.

Setelah dilepaskan, masih belum jelas mengenai destinasi seterusnya bagi pemain yang pernah beraksi bersama Arsenal itu sama ada menyertai juara enam kali berturut-turut Liga Super, JDT ataupun kembali beraksi di Eropah.

Baru-baru ini, Podolski melawat pusat latihan skuad Harimau Selatan dan perkara ini menjadi bayangan bahawa JDT akan menjadi destinasi seterusnya bagi pemain Muda Terbaik temasya Piala Dunia edisi 2006 itu.

Baca artikel lain mengenai Lukas Podolski di sini:

Lukas Podolski Lawat Fasiliti Pasukan Johor Darul Ta’zim, Kevin Ramalingam Turut Kelihatan Di Meja Perbincangan

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski Berminat Sertai Johor Darul Ta’zim

Lukas Podolski Mungkin Tidak Sempat Bertemu JDT Di AFC Champions League 2020