Kelab Liga Jepun, Vissel Kobe mengambil keputusan untuk mendaftarkan tiga pemain asing bagi menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) 2020.

Vissel ketika ini mempunyai lima pemain asing dalam pasukan iaitu Andres Iniesta sebagai ketua pasukan, Thomas Vermaelen, Douglas, Sergi Samper dan Dankler namun pihak kelab memutuskan mereka mahu menggunakan khidmat Iniesta, Thomas Vermaelen dan Douglas.

Vissel Kobe
Sumber Gambar: Getty Images

Pada awalnya, Vissel mempertimbangkan untuk tidak mendaftarkan Iniesta kerana faktor umur yang sudah menjangkau 36 tahun serta jarak perjalanan jauh yang perlu ditempuhi. Namun, hasrat untuk memenangi saingan ACL musim ini membuatkan Vissel tidak mempunyai pilihan lain selain mendaftarkan bekas pemain Barcelona itu.

Ketiga-tiga pemain ini mungkin diturunkan apabila juara Liga Suepr Malaysia 2019, Johor Darul Ta;zim bertandang ke Stadium Misaki Park pada 12 Februari ini.

Vissel Kobe
Sumber Gambar: JST

Bagi saingan AFC Champions League, peraturan 3+1 diterapkan dimana pasukan dibenarkan untuk menggunakan khidmat empat pemain asing dan salah seorang pemain mesti mempunyai kerakyatan ataupun pasport negara Asia.

Memandangkan Vissel Kobe tidak mempunyai pemain asing yang mempunyai kerakyatan ataupun pasport negara Asia, maka mereka akan menggunakan tiga pemain asing sahaja dalam saingan musim ini.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC Champions League di sini:

AFC Tangguhkan Perlawanan ACL Babitkan Kelab China Kerana Wabak Coronavirus

JDT Dan Chiangrai United Wakil Asean Dalam Saingan AFC Champions League 2020

RASMI: AFC Ubah Jadual 3 Perlawanan Pertama AFC Champions League Akibat Isu Coronavirus Di China