Kelab J. League, Vissel Kobe mahu mendapatkan khidmat pemain sayap Chelsea, Pedro Rodriguez bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan menjelang saingan musim 2020.

Pedro dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Chelsea sejak kelab tersebut dibimbing oleh lagenda pasukan, Frank Lampard. Setakat ini, pemain berusia 32 tahun itu hanya beraksi dalam 12 perlawanan dan kontrak beliau bersama The Blues berbaki enam bulan lagi.

Pedro Rodriguez
Sumber Gambar: Sky Sports

Vissel sebelum ini pernah menandatangani beberapa nama besar dalam arena bola sepak dunia seperti pemain yang pernah memenangi Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, David Villa dan Andres Iniesta serta seorang lagi pemenangi Piala Dunia iaitu Lukas Podolski.

Namun, kelab itu kehilangan khidmat Lukas Podolski dan David Villa dimana Podolski menyertai kelab Turki, Antalyaspor selepas gagal mencapai kata sepakat mengenai kontrak lanjutan manakala Villa mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia bola sepak profesional.

Pedro Rodriguez
Sumber Gambar: Pinterest

Selain Vissel Kobe, dua kelab Major League Soccer (MLS), New York City FC dan kelab yang dimiliki oleh bekas pemain Manchester United dan Real Madrid, David Beckham, Inter Miami turut berminat untuk mendapatkan khidmar Pedro Rodriguez.

Baca artikel lain mengenai Vissel Kobe di sini:

Vissel Kobe Paling Tinggi Purata Bayaran Gaji Di Jepun, 4 Kelab CSL Hampir Dua Kali Ganda Lebih Tinggi

Gotoku Sakai Sah Sertai Vissel Kobe

Vissel Kobe Lepaskan Lukas Podolski, JDT Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya