Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan untuk memasukkan dua kelab dalam kumpulan I bagi saingan Piala AFC musim ini selepas Kaya FC layak ke saingan AFC Champions League (ACL).

Dua kelab yang dimaksudkan ialah Visakha dari Kemboja dan Lalenok United dari Timor Leste sekaligus bakal menentang kelab dari Malaysia, Terengganu dan Geylang International dari Singapura.

Visakha dan Lalenok United dijadualkan beraksi dalam satu perlawanan peringkat play-off bagi merebut tempat dalam kumpulan I.

Namun, ketiadaan pasukan gantian dari Filipina bagi mengambil tempat Kaya selain memastikan prestij Piala AFC dapat dijaga menjadi faktor mengapa badan induk bola sepak Asia itu memasukkan kedua kelab tersebut dalam kumpulan I.

Nasib kumpulan G, H dan I dalam saingan Piala AFC kali ini masih belum jelas dimana tiada negara setakat ini yang sanggup untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan peringkat kumpulan.

Sebelum ini, Singapura dipilih sebagai tuan rumah namun mereka menarik diri pada saat akhir atas sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

RASMI: ‘Wing-Back’ Buriram United Diperkenalkan Oleh Jeonbuk Hyundai, Kontrak Pinjaman Selama 6 Bulan

Bekas Pemain Arsenal, Ryo Miyaichi Sertai Yokohama F Marinos

ACL 2021: BG Pathum United Tewaskan Viettel, Semakin Hampir Mara Ke Pusingan Seterusnya