Pengurus berbangsa Portugis, Andre Villas Boas memberikan komen beliau mengenai sama ada mahu untuk meneruskan tugasnya sebagai pengurus kelab Ligue 1 Marseille, berikutan pemergian Pengarah Sukan Andoni Zubizaretta, minggu lalu.

Zubizaretta merupakan orang yang sangat rapat dengan Villas Boas.

Masa depan Villas Boas turut menjadi tanda tanya selepas Presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud dilaporkan mungkin juga akan memecat Villas Boas.

Namun pemecatan itu sukar dilakukan oleh Marseille. Kerana mereka perlu membayar ganti rugi yang sangat tinggi.

villas boas

Berdasarkan satu klausa yang dimasukkaan oleh Zubizaretta sebelum ini, Marseille perlu membayar sekali bayaran €60 juta kepada Villas Boas jika beliau dipecat.

Situasi itu membuatkan Marseille tak boleh memecat jurulatih tersebut kerana mereka akan terkena dengan FFP jika mengeluarkan €60 juta kepada Villas Boas. Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membeli pemain.

Pada masa yang sama, Andre Villas Boas sudah menyatakan beliau mahu terus kekal di Marseille.

L’Équipe melaporkan bahawa AVB sudah menolak tawaran beberapa kelab lain termasuk Newcastle. Ini kerana beliau mahu terus kekal di Marseille.

Ikrar itu beliau buat sebelum Zubizaretta dipecat lagi. Villas Boas mengerti bahawa situasi kewangan di Marseille akan sukar selepas ini. Namun beliau mahu terus menabur bakti di Marseille.

Malah L’Équipe turut menegaskan, Villas Boas sanggup menolak Newcastle, walaupun kelab itu bakal menjadi kaya raya sekiranya perjanjian pertukaran pemilik dimeterai nanti.

Villas  Boas dijanjikan gaji jauh lebih besar dan dana perpindahan yang tinggi oleh bakal pemilik baharu Newcastle. Tetapi beliau menegaskan hanya mahu kekal di Marseille.

Sebelum ini Villas Boas pernah menguruskan pasukan Chelsea dan juga Spurs ketika berkarier di England. Dan kedua duanya tidak berakhir dengan begitu baik.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Zidane Lebih Sukakan Mane Berbanding Mbappe

Dortmund Capai Persetujuan Verbal Halang Haaland Sertai Real Madrid

Serie A Bakal Kembali 13 Jun