Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo semalam telah mengumumkan senarai awal 32 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia dan Indonesia pada bulan Oktober depan.

Menurut laporan daripada media negara tersebut, pengendali dari Korea Selatan itu telah memanggil beberapa muka baharu termasuk bekas pemain Sparta Prague, Mac Hong Quan yang telah menjaringkan 8 gol bersama kelab Quang Ninh dalam saingan V.League musim ini.

Selain Hong Quan, antara muka baharu yang dipanggil ialah Van Vu (Becamex Binh Duong), Vo Huy Toan (SHB Da Nang), Dang Anh Tuan (SHB Da Nang) dan Nguyen Cong Thanh (Ho Chi Minh City).

EE5kciGWsAEeJSo

Malah, mereka turut menyenaraikan 6 pemain yang beraksi di luar negara iaitu Dang Van Lam (Muangthong United), Doan Van Hau (Heerenveen SC), Que Ngoc Hai (Vittel), Bui Tien Dung (Vittel), Nguyen Trong Hoang (Vittel) dan Nguyen Cong Phuong (Sint Truidense).

Kem latihan mereka akan bermula pada 23 hingga 29 September. Kemudian, 23 pemain terbaik akan dipilih untuk membawa cabaran negara itu dalam dua perlawanan penting menentang Malaysia di Stadium My Dinh pada 10 Oktober dan Indonesia pada 15 Oktober di Stadium Gelora Bung Karno.

Imbas kembali prestasi skuad Harimau Malaya dalam dua perlawanan awal Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan ini. 

Ali Mabkhout Musnahkan Impian Harimau Malaya Kutip Tiga Mata Penuh Di Halaman Sendiri

Jaringan Sumareh Hancurkan Impian Garuda Kutip Tiga Mata Penuh