Pendahulu kumpulan G, Vietnam akan berdepan pasukan Jordan dalam satu perlawanan persahabatan sebelum menghadapi baki saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu baru sahaja melengkapkan dos suntikan vaksin pertama sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan wabak COVID-19 semasa berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dos suntikan kedua dijangka akan diberikan pada pertengahan Mei ini dan pemain akan dikumpulkan bagi menjalani sesi latihan setelah proses vaksinasi selesai.

Pemain akan dikumpulkan pada 10 Mei ini dan mereka akan menjalani kem latihan pusat selama dua minggu sebelum bertolak ke UAE pada 27 Mei.

Vietnam yang mempunyai kelebihan 2 mata di puncak kumpulan G akan menghadapi pasukan Indonesia pada 7 Jun, Malaysia pada 11 Jun dan akan menutup kempen kelayakan dengan berdepan UAE pada 15 Jun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Kuwait Dan Bahrain Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Kelayakan Piala Dunia 2022

Bekas Pemain JDT Sambung Kontrak Bersama Persela Lamongan

Nick Swirad Kekal Bersama Nongbua Pitchaya Musim Hadapan