Kem skuad kebangsaan Vietnam berdepan masalah besar diposisi penjaga gol apabila pemain yang disebut-sebut akan mengisi tempat itu, Filip Nguyen berkemungkinan besar tidak sempat untuk menyarung jersi negara itu tahun ini.

Menurut artikel dari TheThao247, Filip Nguyen yang kini beraksi untuk kelab Slovan Liberec dalam saingan divisyen utama Republik Czech, telah menghantar semua dokumen berkaitan proses itu namun kekangan masa menjadi masalah utama mereka menyiapkan segala prosedur sehingga pemain itu memegang pasport Vietnam.

Dengan penjaga gol utama mereka sebelum ini Dang Van Lam juga gagal mendapat tempat dalam aksi bersama SCG Muanthong United dan tersisih lama dari aksi kompetitif yang jelas memberikan isyarat penjaga gol ini tidak konsisten serta gagal beraksi dengan cemerlang.

Calon lain dari saingan liga domestik juga tidak memberikan isyarat positif selepas 2 atau 3 calon utama ketika ini masih gagal mempamerkan aksi yang mampu melegakan Park Hang-seo selaku pengendali pasukan kebangsaan Vietnam.

Capture

Berita itu juga turut mendapat reaksi girang dari media Indonesia yang melihat itu sebagai peluang untuk mereka sekurang-kurangnya mencari mata pertama mereka dalam kempen pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jika Filip Nguyen gagal menerima pengesahan serta kebenaran dari FIFA untuk turun beraksi, ia juga membuka ruang untuk Malaysia mengekploitasikan kelemahan posisi itu untuk menundukkan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil yang juga merupakan perlawanan ‘home‘ terakhir Malaysia dalam kempen pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

SCG Muangthong United Raih RM82.8 Juta Hasil Yuran Perpindahan Dalam 4 Musim Terkini

ASEANFootball: Perpindahan Mohamadou Sumareh Ke JDT Bakal Jadi Kenyataan Hujung Tahun Ini.

Fakhri Saarani Kini Mula Menceburi ‘Kerjaya’ Sebagai ‘Trader’ Bersama Tuan Jamil Baharom.