Skuad kebangsaan Vietnam kali ini nampak lebih serius dan menyasar untuk mara lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 apabila Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah menanguhkan perlawanan Liga V (V. League) bagi memboleh pasukan kebangsaan mereka membuat persiapan rapi.

Keputusan penanguhan itu turut mendapat persetujuan daripada pihak penganjur bagi menunda 23 perlawanan yang sepatutnya di jadualkan berlangsung pada 30, 31 Ogos dan 1 hingga 15 September ini.

https://twitter.com/VietFooty/status/1154196934195892225

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, skuad kendalian Park Hang Seo itu diundi dalam kumpulan G bersama UAE dan tiga wakil dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ini merupakan peluang terbaik mereka untuk mara lebih jauh selepas menjuara Piala AFF tahun lepas dan menghuni kedudukan ranking 100 teratas dunia.

Mereka dijadualkan berdepan skuad Gajah Perang pada 5 September dan akan mengaturkan satu perlawanan persahabatan pada 10 September ini bagi menjaga tahap momentum pemain. Kem latihan mereka pula akan bermula seawal 26 Ogos selama 10 hari selepas perlawanan yang ke 22 Liga V.

Sebelum ini pihak Persatuan Bola Sepak Thailand juga membuat keputusan untuk menunda aksi liga tempatan mereka bagi memberi ruang pasukan kebangsaan mereka membuat persediaan lebih baik.