Finalis edisi 2018, pasukan Vietnam sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan apabila berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pembukaan saingan AFC B-23 Tahun semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Chang Arena, Buriram itu kedua-dua pasukan menampilkan aksi terbaik dimana keduanya masing-masing mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Namun, sentuhan akhir sentiasa mengecewakan sekaligus menggagalkan usaha bagi mencipta jaringan.

Pemain berusia 19 tahun, Ali Saleh menjadi pemain terbaik UAE dimana beliau sering mengkucar-kacirkan pertahanan lawan serta mencipta peluang bagi rakan sepasukan. Akan tetapi, peluang yang dimiliki gagal disempurnakan dengan baik.

Pada separuh masa kedua, UAE dianugerahkan sepakan penalti dan Zayed Al Ameri diberikan tugas untuk mengambil sepakan tersebut. Mujur bagi Vietnam dimana pengadil menarik balik sepakan penalti selepas melihat kepada Video Assistance Referee (VAR).

Kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan Vietnam tidak berlaku di dalam kawasan penalti sebaliknya ia berlaku di luar. UAE kemudiannya diberikan sepakan percuma.

Pada minit-minit akhir permainan, skuad kendalian Park Hang-seo itu hampir menjaringkan gol kemenangan namun percubaan Nguyen Quang Hai dinafikan penjaga gol UAE, Mohamed Al Shamsi.

Pada perlawanan seterusnya, UAE akan berdepan Korea Utara manakala Vietnam akan turun menentang Jordan yang berjaya mencatat kemenangan apabila menewaskan Korea Utara dengan keputusan 2-1.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

Nike Hadiahkan Kasut Khas Untuk Suphanat Mueanta Selepas Pecahkan Rekod Dalam AFC U23 2020

FA Thailand Beri Bonus RM1.35 Juta Kepada Pasukan U23 Selepas Belasah Bahrain 5 Gol Tanpa Balas

Jepun Mulakan Saingan AFC B-23 Tahun Dengan Kekalahan Di Tangan Arab Saudi

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group