Ketika liga lain di Asia Tenggara masih dihentikan akibat penularan wabak pandemik COVID-19, Vietnam menjadi yang pertama sambung saingan liga domestik bermula dengan perlawanan Piala Nasional diantara Duoc Ham Ha Nam Dinh menentang Hoang Anh Gia Lai pada hari sabtu lepas.

Malah, mereka membenarkan perlawanan berlangsung dengan kehadiran penonton di Stadium memandangkan Vietnam merekodkan kadar sifar kematian wabak COVID-19 setakat ini dan dianggap terkawal.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan mengiktirafkan Vietnam sebagai negara yang pertama Asia Tenggara membenarkan perlawanan berlangsung dengan kehadiran penonton di Stadium.

“Pertandingan bola sepak sudah kembali di Vietnam pada minggu lepas membabitkan beberapa perlawanan Piala Nasional. Ini menjadikan Vietnam sebagai negara yang pertama Asia Tenggara mengadakan perlawanan bola sepak ditengah wabak pandemik,” tulis AFC.

Saingan V.League 1 yang membabitkan 14 pasukan akan kembali semula pada 5 Jun depan dengan format baharu dimana mereka akan mengharungi 13 perlawanan sahaja dalam satu pusingan.

Liga Vietnam 2020. (Dok. VPF).
Liga Vietnam 2020. (Dok. VPF).

Pasukan yang menghuni kedudukan 8 teratas liga akan bertarung pada peringkat yang seterusnya manakala baki 6 pasukan terbawah liga akan bersaing untuk menentukan pasukan yang diturunkan pangkat ke divisyen 2.

Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) dan badan pengendali liga (VPF) percaya format pertandingan ini paling ideal untuk menyelamatkan saingan domestik yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Mereka juga mengambil kira persiapan skuad kebangsaan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dengan memastikan semua pemain tempatan cukup cergas dan lebih bersedia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Vietnam melalui pautan dibawah. 

Park Hang-seo Mula Gelisah Menyaksikan Ketumpulan Penyerang Skuad Kebangsaan Vietnam

Park Hang-seo Tuju “3 Permintaan Khas” Kepada Kelab Vietnam, Demi 3 Perlawanan Penting Hujung Tahun 2020

Vietnam Hantar Pasukan Terbaik Ke Saingan Piala AFF Suzuki 2020