Juara bertahan Piala AFF Suzuki, Vietnam mungkin tidak dapat menggunakan salah satu pemain bintang mereka, Nguyen Cong Phuong bagi mempertahankan gelaran mereka pada edisi tahun ini.

Baru-baru ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan jadual baharu bagi saingan Piala AFC dimana baki perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung pada 23, 26 dan 29 September. Manakala bagi perlawanan peringkat kalah mati akan berlangsung pada October hingga awal Disember.

Nguyen Cong Phuong
Nguyen Cong Phuong. Timnas Vietnam. (Foto: Vietnam Insider).

Vietnam mempunyai dua wakil dalam saingan Piala Asia musim ini iaitu Ho Chi Minh City F.C. dan Than Quang Ninh FC. Kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dan mereka dilihat enggan untuk melepaskan pemain terbaik mereka.

Saingan Piala AFF tidak mewajibkan untuk kelab melepaskan pemain mereka sekaligus bakal memberikan kesukaran kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan The Golden Dragons, Park Hang-seo kerana HCMC sudah pasti mahu Cong Phuong untuk membantu mereka di kejohanan Piala AFC.

Nguyen Cong Phuong
Nguyen Cong Phuong, salah seorang pemain bintang HCMC FC. Sumber Gambar: Ho Chi Minh City FC

Selain Nguyen Quang Hai, Nguyen Cong Phuong menjadi tunjang utama ketika mereka memenangi Piala AFF Suzuki pada edisi 2018 lalu.

Pemain yang pernah beraksi di Belgium bersama Sint-Truidense V.V. menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan, salah satunya ketika menentang Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Nasional My Dinh.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:

Skuad FIFA Ranking 96 Dunia Uji Vietnam Sebelum Berdepan Malaysia Di Bukit Jalil

‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia, Vietnam Kalut ‘Speed Up’ Proses Dokumentasi Pemain Kacukan

Penjaga Gol Kacukan Vietnam-Russia Ini Hampir Pasti Tidak Akan Sertai Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020