Juara Piala AFF 2018, Vietnam merancang untuk mengadakan latihan pusat pada bulan September ini sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini membayangkan perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 akan bersambung semula pada bulan Oktober bergantung pada situasi semasa wabak pandemik COVID-19.

Mengikut perancangan awal, Vietnam dijadualkan menentang Malaysia di Kuala Lumpur pada bulan Oktober dan kemudian bertemu Indonesia di tempat sendiri. Manakala perlawanan menentang UAE pada bulan November.

“Kalau tiada perubahan, skuad kebangsaan akan memulakan latihan pusat pada bulan september sebagai persiapan menghadapi perlawanan pada bulan Oktober dan November,” kata Le Hoai Anh, Setiausaha Agung VFF.

“Mereka juga mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia,” tambahnya.

Vietnam kini menghuni kedudukan teratas dalam kumpulan G dengan 11 mata selepas mengharungi 5 perlawanan manakala Malaysia berada di kedudukan kedua dengan 9 mata.

Kedua-dua pasukan ini berpeluang tempah tiket ke Piala Asia 2023 jika berjaya raih 3 mata penuh dalam perlawanan yang akan datang.

Bagaimanapun, media Vietnam meramalkan Malaysia akan berdepan kesukaran  kerana saingan Liga Malaysia hanya akan bermula pada September manakala saingan V-League pula akan bersambung semula pada hujung Mei ini.

Situasi ini memberi kelebihan buat pemain skuad The Golden Dragons dimana mereka terlebih dahulu kembali beraksi secara kompetitif dan mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan berbanding pemain Malaysia.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Brendan Gan Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Menewaskan UAE

FAM Dapat Surat Kelulusan Daripada FIFA, Liridon Krasniqi Kini Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Satiananthan Bimbang Skuad Harimau Malaya Dibelasah UAE Jika Tidak Bersedia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group