Tahap keselamatan di Stadium My Dinh, Hanoi akan terus dipertingkatkan apabila Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dalam kenyataan rasmi mereka menjelaskan bahawa mereka akan menggunakan lebih 30 buah kamera litar tertutup untuk mengesan sebarang aktiviti yang menjejaskan isu keselamatan.

Penggunaan kamera ini merupakan tambahan kepada langkah-langkah profesional lain yang akan membantu pegawai keselamatan mengawal situasi secara proaktif dan bertindak dengan pantas jika berlaku sebarang kejadian terutamanya pembakaran mercun serta suar yang menjejaskan keselamatan penyokong lain di stadium.

Selain dari menjamin keselamatan didalam stadium, pihak berkuasa juga akan mengetatkan lagi kawalan di semua pintu masuk dan keluar stadium bagi menghalang sebarang penyeludupan barangan terlarang bagi memastikan hak pembeli tiket yang lain terjamin.

Screenshot 2019-10-06 at 11.47.21 PM

Bagi melancarkan aliran masuk ke stadium, semua pintu masuk akan dibuka pada jam 4 petang dan 15 minit sebelum perlawanan tamat, pintu keluar akan dibuka bagi mengelakkan kesesakan.

Pihak penganjur menyarankan supaya penyokong hadir lebih awal untuk mengelakkan sebarang isu kelewatan yang mungkin akan menjejaskan waktu sepak mula.

Pihak Kementerian Keselamatan Awam dan Polis Hanoi turut akan mengawal keadaan trafik disemua simpang dan jalan menghala ke stadium serta memastikan keselamatan penyokong Malaysia mulai dari tiba di Vietnam hingga berlepas pulang.

Baca juga artikel menarik lain mengenai bola sepak yang mungkin anda terlepas pandang.

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi

Vietnam Hilang Khidmat Luong Xuan Truong Selama 6 Bulan Akibat Kecederaan

Vietnam Umum 32 Pemain Awal Hadapi Malaysia Dan Indonesia Bulan Depan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group