Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund mengalami kekalahan pertama dalam jelajah asia apabila tewas 1-2 kepada pasukan kebangsaan Vietnam  di Stadium My Dinh sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Dalam perlawanan itu, Dortmund terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Donyell Malen seawal minit ke 13 selepas menerima umpanan daripada Felix Passlack dalam kawasan kotak penalti.

Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat anak buah Park Hang-seo untuk terus mengandakan asakan dan bangkit mempamerkan aksi yang lebih baik.

Walaupun, perlawanan itu dikuasai oleh Dortmund namun benteng pertahanan Vietnam beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya pasukan lawan.

Serangan balas Vietnam membuahkan hasil apabila Nguyen Tien Linh merembat masuk bola muntah pada minit ke 36 sekaligus menceriakan ribuan penyokong tuan rumah yang memenuhi setiap penjuru stadium.

Tuan rumah juga nyaris menjaringkan gol kedua tetapi rembatan jarak dekat Tien Linh berjaya ditepis oleh penjaga gol Dortmund, Alexander Meyer. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang sehingga memaksa Dortmund bermain bertahan untuk mengekang asakan jentera serangan Vietnam.

Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, pengadil perlawanan dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam di mint akhir.

Peluang itu disempurnakan oleh Pham Tuan Hai sekaligus menghadiahkan kemenangan untuk pasukan Vietnam dalam perlawanan persahabatan pertama mereka sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric yang bakal berlangsung pada bulan depan.