Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Park Hang-seo mencatatkan kemenangan selesa 4-0 berdepan Indonesia awal pagi ini, namun kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila akan kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh mereka, Nguyen Quang Hai.

Pemain itu telah mengutip kad kuning ke-2 dalam perlawanan bertemu Indonesia itu, dan seterusnya akan menjalani panggantungan 1 perlawanan ketika Vietnam bertemu Malaysia pada hari Sabtu, 12 Jun 2021 nanti.

Nguyen Quang Hai sebelum ini telah mengutip kad kuning pertama ketika bertemu Malaysia dimana pada ketika itu skuad Harimau Malaya tumpas 1-0 di Hanoi.

195330468_2854776028168057_5281248844637442586_n

Dalam perlawanan bertemu Vietnam nanti juga, Brendan Gan dijangka akan kembali menguatkan barisan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe selepas kembali dari penggantungan ketika berdepan pasukan UAE tempoh hari.

Berdepan Vietnam, ini adalah perlawanan yang penting untuk skuad negara bagi mengutip mata semaksimum mungkin dalam misi untuk layak ke saingan Piala Asia 2023 samada melalui pusingan kelayakan Piala Dunia atau pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia.

photo_2021-06-08_03-02-17

Walau bagaimanapun, skuad Vietnam dijangka akan menurunkan 2 lagi pemain tengah yang ‘disimpan’ ketika perlawanan berdepan Indonesia iaitu Nguyen Trong Hoang dan Nguyen Van Toan untuk menghadapi cabaran Malaysia bagi meneruskan saingan ke pusingan seterusnya.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Gerakan Serangan Balas Laju, Beri Banyak Ruang Punca Barisan Pertahanan Mudah Dieksploitasi.”

Pengadil Kontroversi Dari Korea Selatan Di Sukan Asia 2018 Kendalikan Perlawanan UAE Dan Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group