Skuad bawah 22 tahun (B-22) Vietnam mengesahkan akan menyertai kejohanan jemputan Toulon di Perancis pada 23 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan awal mereka menghadapi saingan Sukan SEA 2021 dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun lepas di Filipina.

Meskipun, penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia mencetus kebimbangan dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan, namun Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) tetap menghantar penyertaan atas jemputan dari Perancis.

“VFF telah membuat keputusan bahawa pasukan B-22 akan menyertai Kejohanan Toulon bagi memenuhi jemputan daripada Federasi Bola Sepak Perancis (FFF),” kata Le Hoai Anh, Setiausaha Agung VFF.

Kejohanan Toulon yang melibatkan pemain berusia bawah 23 tahun itu turut disertai oleh pasukan gergasi Asia, Jepun, Congo, Ivory Coast, Morocco, Mexico, dan England.

Namun begitu, VFF masih belum memutuskan siapa barisan jurulatih yang akan membimbing pasukan Vietnam dalam kejohanan tersebut.

“Barisan kejurulatihan masih belum disahkan lagi. Park Hang-seo mungkin akan mengendalikan pasukan ini atau menyerahkan tugasnya kepada pembantu,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Thanawat Suengchitthawon Jaringkan Gol Pertama Bersama Leicester City

AFC Keluarkan Jadual Bagi Perlawanan Kumpulan G Dan H Saingan ACL

Dang Van Lam Dalam ‘Class’ Tersendiri Berbanding Penjaga Gol Lain Dalam Thai League. – Marquinhos Goleiros