Kem skuad kebangsaan Vietnam kini berdepan dengan risiko tidak dapat menggunakan khidmat pemain bintang berpengaruh Nguyen Quang Hai dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas pemain itu dilaporkan mengalami kecederaan ligamen lutut baru-baru ini.

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh ZingNews, ketika ini kelab Nguyen Quang Hai sendiri iaitu Hanoi FC dilaporkan masih tidak dapat menentukan masa untuk pemain itu pulih dan menyertai sesi latihan.

quang-hai-chua-hen-ngay-tro-lai-vi-chan-thuong-233607-1

“(Nguyen Quang) Hai masih tidak boleh kembali ke sesi latihan lagi. Dia mengalami kecederaan ligamen lutut. Apa yang paling penting sekarang adalah bila dia akan kembali menyertai latihan dan ketika itu baru kami boleh menentukan status (kecederaan) beliau dan kembali bersama pasukan.”

Skuad bimbingan Park Hang-seo tidak mahu kehilangan seorang lagi pemain tunjang selepas Doan Van Hau haampir pasti terlepas aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 juga akibat kecederaan serius.

van-hau-3

Perkara ini jelas apabila pihak VFF mengesahkan situasi Doan Van Hau pada 5 Mac lalu hasil keputusan ujian MRI yang dilakukan, pemain itu tidak akan pulih menjelang tarikh pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu nanti.

Selain itu, penjaga gol utama mereka Dang Van Lam juga nampaknya sudah tidak beraksi secara kompetitif dalam tempoh yang agak lama dimana beliau kini sedang menantikan lampu hijau untuk terbang ke Jepun menyertai kelab Cerezo Osaka.

Ini secara langsung telah sedikit sebanyak menjejaskan persiapan yang telah dirancang oleh Park Hang-seo yang mahu mengekalkan kedudukan peneraju kumpulan G untuk layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia serta menempah tempat automatik ke Piala Asia 2023 lebih awal.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

TMJ: “Safawi Bukan Cedera ACL Tetapi Kita Akan Main Di ACL”

Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021

Stadium Sultan Ibrahim Rangkul Anugerah ‘StadiumOfTheYear’ Undian Awam, Tempat Ke-5 Bagi Undian Juri Pakar Arkitek