Skuad kebangsaan Vietnam mula mendapat khidmat ketua jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo pada 29 September 2017 sehingga kini masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mana-mana negara dari Asia Tenggara setakat ini.

Park Hang-seo yang merupakan salah seorang dari 2 pembantu kepada ketua jurulatih Korea Selatan, Guus Hiddink ketika saingan Piala Dunia 2002 itu juga pernah membawa skuad bawah 23 tahun Vietnam muncul naib juara kejohanan AFC U23 edisi 2018.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh sebuah media sukan Vietnam, Park Hang-seo sudah mengendalikan skuad kebangsaan Vietnam dalam 13 perlawanan dan mencatatkan 10 kali menang dan 3 kali seri – 76.9% menang.

EHIXqRyWwAIXO3C
Kredit: TheThao247

Sepanjang 13 perlawanan tersebut, 24 gol telah dijaringkan dan hanya 7 kali bolos kepada pasukan lawan.

Sepanjang tahun 2018, pasukan Vietnam tidak pernah tewas kepada mana-mana negara yang mengadakan perlawanan dengan mereka, mencatat keputusan seri 4 keputusan seri dan 7 kali menang.

Bagi tahun 2019 pula, Vietnam telah mencatat 3 kali kalah dalam kejohanan Piala Asia 2019 iaitu 2 kali diperingkat kumpulan dan 1 kali di pusingan suku akhir.

Berdasarkan kedudukan semasa dalam FIFA ranking, Vietnam kini berada pada ranking 99 dunia turun 2 anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang cukup menarik sebenarnya berbanding bola sepak eropah.

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Pasukan Kemboja Guna Khidmat Jurulatih Pelari Pecut Jepun Tingkatkan Prestasi Pemain Dalam Kelayakan Piala Dunia