Skuad bimbingan Park Hang-seo mencipta sejarah bola sepak Vietnam apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai 12 pasukan terbaik, walaupun tumpas 2-3 kepada pasukan UAE.

Walaupun kalah dengan pasukan UAE, disebabkan Jordan kalah 0-1 kepada Australia telah berjaya menempatkan Vietnam sebagai 4 pasukan naib juara terbaik, seterusnya layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022.

Ini merupakan satu sejarah baharu dalam sukan bola sepak Vietnam dan perkara ini disambut meriah dan gembira oleh peminat-peminat mereka khususnya serta muncul selaku wakil tunggal ASEAN di pusingan akhir itu nanti.

vietnam

Berikut adalah senarai pasukan yang layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022;

Juara Kumpulan

  1. Syria
  2. Australia
  3. Iran
  4. Arab Saudi
  5. Qatar (tuan rumah Piala Dunia 2022)
  6. Jepun
  7. UAE
  8. Korea Selatan

4 Naib Juara Kumpulan Terbaik.

  1. China
  2. Oman
  3. Iraq
  4. Vietnam
  5. Lebanon

12 lagi slot ke saingan Piala Asia 2023 akan menjadi rebutan pasukan-pasukan yang beraksi dalam pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia, dan Malaysia masih berpeluang untuk melakukan sesuatu bagi merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Saingan kelayakan pusingan ke-3 Piala Asia 2023 akan bermula pada bulan Mac 2022 selepas ditunda dari jadual asal bulan November 2021.

Teruskan membaca artikel-artikel yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Park Hang-seo: UAE Tidak Miliki Barisan Serangan Yang Terbaik, Kami Tidak Turun Untuk Seri Atau Kalah

11 Pemain Vietnam Turun Beraksi Berdepan Indonesia Adalah Skuad Naib Juara Piala Asia U23 2018

Subkhiddin Tampil Beri Penjelasan Pertikaian Gol Lukaku Yang Dikatakan ‘Offside’ Oleh Netizen