Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) telah menyatakan minat mereka untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Piala AFF 2020 berdasarkan kejayaan menangani kes wabak pandemik COVID-19 sehingga sifar kematian.

Badan induk bola sepak Asia Tenggara (AFF) sebelum ini mengumumkan tarikh perlawanan Piala AFF telah ditukar pada 23 November hingga 31 Disember 2020 selepas mengambil kira jadual penangguhan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022.

AFF juga sedang menimbangkan untuk mengembalikan semula format pertandingan lama dengan memilih dua negara sebagai tuan rumah kumpulan A dan kumpulan B manakala peringkat separuh akhir dan final akan bermain secara home & away. 

Malah, terdapat juga cadangan untuk menganjurkan semua perlawanan ini dalam satu negara yang dipilih sebagai tuan rumah. Cadangan ini nampak lebih realistik berdasarkan situasi semasa wabak pandemik kerana beberapa negara masih mengenakan sekatan perjalanan.

Tiga
Sumber Gambar: AFF Suzuki Cup

Jika dibandingkan dengan negara lain, Vietnam negara yang paling sesuai untuk menganjurkan kejohanan itu kerana telah merekodkan peratusan kes COVID-19 yang rendah.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada perlawanan itu akan berlangsung tanpa kehadiran penonton bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Kami belum menerima surat rasmi daripada VFF mengenai penukaran format pertandingan. Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa, apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Kalau AFF mahu mengubah organisasi, pencegahan wabak COVID-19 di setiap negara menjadi faktor utama untuk dilantik sebagai tuan rumah. Vietnam paling sesuai kerana berjaya mengawal COVID-19 setakat ini,” kata Setiausaha Agung VFF, Le Hoai Anh.

Jika Vietnam menjadi tuan rumah, ia merupakan peluang terbaik skuad kendalian Park Hang Seo untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka ketika menewaskan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF 2018.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Tarikh Baki 3 Perlawanan Terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022 Telah Ditetapkan Oleh Pihak AFC?

Media Thailand Ini Labelkan Skuad Kebangsaan Malaysia Sebagai ‘Johor National Team’

Simon McMenemy: “Melatih Indonesia Merupakan Pekerjaan Yang Paling Susah Di Asia”