Juara Piala AFF 2018, Vietnam mahu memastikan kecergasan pemain berada di tahap terbaik apabila mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking ke 70 dunia iaitu Iraq pada bulan Mac depan.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

Skuad kendalian Park Hang Seo dijadualkan menentang Iraq pada 26 Mac namun lokasi perlawanan akan ditentukan kemudian sama ada Stadium Nasional My Dinh di Hanoi atau Stadium Go Dau di Binh Duong.

Stesen
(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Vietnam kini merupakan pendahulu kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan 11 mata dan masih belum tewas selepas mengharungi 5 perlawanan apabila mencatat 3 kemenangan dan 2 keputusan seri.

Selain itu, dalam 28 perlawanan yang dihadapi oleh Vietnam di bawah kendalian Hang-seo menentang pasukan dari rantau Asia Tenggara, pasukan itu tidak pernah merasa sebarang kekalahan dimana mereka mencatatkan 22 kemenangan dan 6 seri. Satu pencapaian yang boleh dianggap luar biasa.

Hang-seo serta-merta dianggap wira oleh peminat bola sepak serta Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dimana persatuan itu memberikan kontrak baharu yang lumayan di atas kejayaan jurulatih itu memberikan kejuaraan untuk Vietnam.

Namun, selain menghadiahkan kejuaraan, Hang-seo turut membawa impak positif yang lain ke dalam pasukan kebangsaan Vietnam apabila ranking FIFA The Golden Dragons mengalami peningkatan mendadak sejak dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih Gyeongnam FC itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan Vietnam melalui pautan dibawah.

Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam

AFC B-23 Tahun: Park Hang-seo Memohon Maaf Setelah Vietnam Tersingkir

Kejayaan Vietnam Mampu Beri Inspirasi Terhadap Pasukan ASEAN Yang Lain