Dua pemain bintang FC Schalke 04 iaitu pemain pinjaman dari Arsenal, Sead Kolasinac dan Shkodran Mustafi berdepan detik yang menakutkan semalam apabila mereka dikejar oleh sekumpulan penyokong yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tersingkir ke Liga divisyen 2.

Schalke tewas 0-1 kepada Arminia Bielefeld sekaligus tersingkir daripada saingan liga utama Jerman selepas 30 tahun beraksi dalam Bundesliga buat kali keempat dalam sejarah kelab.

Penyingkiran itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong dan mereka bertindak melemparkan objek ke arah bas pasukan kerana tidak berpuas hati dengan persembahan buruk pemain kelab itu.

Laporan dari eropah menyatakan terdapat 600 penyokong telah berkumpul di luar stadium Veltins Arena untuk menunggu ketibaan para pemain dan pegawai pasukan.

Malah, beberapa pemain turut mengalami kecederaan apabila mereka dibaling telur busuk, dimaki hamum dan diserang. Percikan bunga api turut dilancarkan sebagai tanda kemarahan mereka yang semakin memuncak.

Saksikan rakaman video yang menunjukkan Kolasinac dan Mustafi melarikan diri selepas dikejar oleh penyokong Schalke sekitar perkarangan stadium.

Polis tempatan dalam satu kenyataan sedang menyiasat insiden itu dan mereka mengesahkan terdapat beberapa pemain mengalami kecederaan.

“Ada serangan besar-besaran. Dua pemain diserang dan dibaling telur serta beberapa percikan bunga api di udara. Para pemain kini sudah lari menyelamatkan diri masing-masing dan ratusan pegawai terpaksa masuk campur.

“Tiada tangkap dibuat setakat ini. Tetapi kami sedang menyiasat apakah ada aduan jenayah terhadap mereka yang terlibat dalam serangan itu,” kata Ketua Polis, Matthias Buscher.

Lebih menarik, satu lagi percikan bunga api telah dilancarkan di kawasan lain oleh ultras Borussia Dortmund bagi meraikan rival mereka tersingkir ke saingan divisyen 2.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah. 

McGregor Berminat Beli Kelab Manchester United

RASMI: Kesemua 6 Pasukan EPL Tarik Diri Daripada ESL

Tiada Kelibat Messi Dan Ronaldo Dalam Piala Dunia Jika Mereka Sertai Liga Super Eropah

Florentino Perez: Liga Super Eropah Akan Selamatkan Bola Sepak