Skuad bimbingan Bojan Hodak semalam telah berjaya mengatasi tuan rumah Indonesia 3-2 melalui penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 tamat masa perlawanan sebenar.

Barisan pemain kebangsaan B19 itu akan bertemu Myanmar dalam perlawanan akhir bagi menentukan juara kejohanan AFF B19 2018 esok.

Sejurus selepas tamat perlawanan, ketika pemain-pemain mahu masuk ke bilik persalinan, buat ke sekian kalinya penyokong Indonesia bertindak ganas dengan melontar pelbagai objek kearah pemain Malaysia kerana tidak berpuas hati tewas diperlawanan separuh akhir.

Video berdurasi 1 minit 37 saat telah ini dirakam oleh pembantu jurulatih skuad B19 kebangsaan, Hairuddin Omar bagi menunjukkan bagaimana keadaan yang tidak terkawal itu kepada semua dan juga sebagai bukti untuk dibawa kepada perhatian AFF, AFC dan juga FIFA.

 

Manakala ini pula video dari tempat duduk stadium yang dirakam oleh penonton Indonesia.