Satu video pemain bola sepak Turki berbuka puasa di tengah-tengah perlawanan menjadi viral di media sosial. Sekumpulan pemain bola sepak Turki di Ankara, duduk bersama untuk berbuka puasa dengan air dan kurma.

Sambil sambil mereka mendengar sedikit taklimat taktikal daripada pengurus mereka.

Ianya dilakukan semasa perlawanan setelah berlaku kecederaan yang bertepatan dengan azan malam (Maghrib) oleh itu, pemain mengambil kesempatan untuk berbuka puasa.

Video tersebut dikongsi oleh akaun Twitter laman sukan Turki, Ben Turkiye.

Ramai yang memuji para pemain dan juga pengadil yang memberikan peluang kepada para pemain untuk membuka puasa mereka.

Beberapa pengguna media sosial mendoakan mereka dan mendoakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat.

Namun ada juga yang meminta para pemain sentiasa  merujuk kepada pakar perubatan ketika berpuasa dan bermain bola sepak yang memerlukan intensiti tinggi dan persiapan sepanjang minggu.

Ianya sangat penting untuk para pemain sentiasa mendapatkan panduan puasa dan makanan yang mereka ambil ketika bersahur ataupun berbuka puasa.

Saksikan detik itu di sini:

Bulan ramadan memang bulan yang mencabar untuk para pemain bola sepak. Ianya menguji ketahanan fizikal dan mental mereka menempuhi bulan puasa.

Selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua pembaca kami yang beragama Islam.

Baca juga artikel

Dortmund Enggan Jual Haaland Tahun Ini

West Ham Elak Dibuli Manchester United Dalam Situasi Lingard Dan Rice

UCL: PSG Berjaya Balas Dendam Dan Singkirkan Bayern