Cristiano Ronaldo sekali lagi memukau peminat dengan keupayaan luar biasa beliau di udara.

Kali ini tandukan dengan teknik hebat beliau telah membantu Juventus mengelak kekalahan di tangan AS Roma.

Juventus bertandang ke Stadio Olimpico pada aksi sebelah Ahad.

Jordan Veretout meletakkan tuan rumah dengan pendahuluan 1 gol di hadapan pada minit ke-31.

veretout

Namun Juventus menyamakan kedudukan menerusi penalti Ronaldo pada minit ke-44.

Veretout kemudian sekali lagi meletakkan pasukannya di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Ianya adalah menerusi satu serangan balas klasik dilancarkan oleh AS Roma.

https://twitter.com/i/status/1310302613703987202

Skuad bimbingan Andrea Pirlo kemudian terpaksa bermain 10 pemain selepas Adrien Rabiot dibuang padang pada minit ke-62.

Beraksi dengan 10 pemain, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi pemain yang menyelamatkan pasukannya.

Pada minit ke-62, kapten antarabangsa Portugal itu menerima hantaran daripada rakannya, Danilo pada minit ke-69.

https://twitter.com/i/status/1310313628986273792

Dan beliau menanduk masuk bola dengan lonjakan yang sangat cantik menewaskan pertahanan Roma.

Ronaldo kini merekodkan 450 gol di dalam liga utama Eropah dalam kariernya. Satu rekod luar biasa daripada pemain berusia 35 tahun dan pemenang 5 Ballon d’Or itu.

AS Roma mempersia siakan peluang untuk menewaskan Juventus walaupun berkelebihan seorang pemain.

Roma malah gagal untuk merampas dominasi Juventus dalam perlawanan ini sekalipun.

Perlawanan berakhir dengan 2-2. Juventus terselamat daripada kekalahan.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Manchester City Dikerjakan Leicester Di Etihad, Lihat Flick Cantik Dan Hatrik Vardy

Bundesliga: Hoffenheim Bantai Bayern 4-1 Dan Tamatkan Rekod Tanpa Kalah 32 Perlawanan

Mourinho Kecewa Dengan VAR: “Baik Berikan Wang Saya Kepada Kebajikan Berbanding FA”