Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menegaskan pengendali pasukan, Park Hang-seo bakal terus mengendalikan skuad The Golden Dragons dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 sekaligus menafikan laporan yang mengatakan beliau akan digantung.

Sebelum ini, akhbar Indonesia dan Thailand melaporkan Hang-seo akan digantung daripada mengendalikan pasukan dalam saingan Piala AFF tahun ini kerana kad merah yang diperoleh beliau ketika perlawanan akhir Sukan SEA 2019.

VFF
Sumber Gambar: Foxsport Asia

“Kami akan memberikan sepenuh perhatian bagi menangani perkara ini. Mengenai Park Hang-seo yang dikatakan bakal digantung, itu menurut laporan akhbar dari Indonesia dan Thailand yang mana tidak benar.

“Di sini kami mengesahkan beliau akan terus mengendalikan pasukan dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun ini,” kata Naib Presiden VFF, Tran Quoc Tuan.

VFF
Park Hang-seo

VFF turut memaklumkan penggantungan yang dikenakan terhadap Hang-seo hanya melibatkan pasukan B-22 tahun dan bukan pasukan senior.

Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan denda sebanyak RM21,000 terhadap Hang-seo dan penggantungan daripada mengendalikan 4 perlawanan melibatkan pasukan Asia.

Hang-seo dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil ketika perlawanan penentuan pingat emas Sukan SEA 2019 antara Vietnam menentang Indonesia.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:

‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?