Skuad kebangsaan Vietnam semalam telah mengumumkan pelantikan pengarah teknikal yang baru untuk menggantikan Jurgen Gede, selepas tidak mencapai persetujuan untuk meneruskan khidmat bersama VFF.

Yusuke Adachi, pengarah teknikal VFF baru yang berasal dari Jepun ini dipilih oleh ahli jawatankuasa pemilihan VFF selepas memenuhi 2 kriteria utama yang ditetapkan oleh mereka iaitu fokus kepada pembangunan pemain muda dan pembangunan jurulatih muda di Vietnam.

Misi Yusuke Adachi bersama VFF bukan sahaja sebagai perunding kepada VFF malahan terlibat dalam mencipta pelan pembangunan pemain muda Vietnam untuk jangka masa panjang.

Berusia 59 tahun, Yusuke Adachi pernah berkhidmat sebagai trainer untuk FIFA dan AFC serta pernah dilantik sebagai Elite Development Coach oleh Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) pada 2016 sebelum tiba di Vietnam pada 2017 sebagai salah seorang jurulatih yang dihantar oleh AFC dalam program AFC PRO selama 26 bulan.

Jawatan sebagai pengarah teknikal VFF itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan kontrak selama 5 tahun dan dilaporkan Yusuke Adachi akan menerima gaji sekitar USD20,000 atau RM87,000 sebulan dan akan disediakan tempat tinggal di Pusat Latihan Bola Sepak Remaja Vietnam.

Pengarah Teknikal sebelum ini, Jurgen Gede dikatakan memiliki satu ‘hubungan’ yang baik dari segi kerja selepas ketibaan Park Hang-seo bersama skuad kebangsaan Vietnam yang dilihat banyak bergantung kepada pembantunya yang juga merupakan warga Korea Selatan.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menjejaskan prestasi Jurgen Gede sehingga gagal mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak lanjutan bersama VFF.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Zhang Lu: China Sukar Kecapi Kejayaan Dalam Tempoh 20 Tahun, Naturalisasi Tidak Mampu Selesaikan Masalah Fundamental

Piya: Shakir Shaari Mudahkan Kerja Saya Diatas Padang, Aura Safiq Rahim Dalam Skuad Malaysia Memang Gila!

2 Pemain Thailand Berusia 16 Tahun Sah Sertai Skuad Remaja Kelab Bundesliga, Miliki Ketinggian 1.83 Meter

Sumber