Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan memutuskan mengenai negara mana yang akan menjadi venue Piala AFC musim ini selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, pihak Jawatankuasa Pertandingan AFC telah membuat keputusan mengenai venue terbabit.

Namun, barisan Exco perlu bermesyuarat dan berbincang untuk mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sebarang keputusan.

Venue
KUALA LUMPUR 15 MARCH 2017. Setiausaha Agung Konfiderasi Bola sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John menyampaikan maklumat berhubung isu penangguhan perlawanan Antarabangsa kelayakan Piala ASIA yang membabitkan Republik Korea Utara dengan Malaysia di Ibu Pejabat AFC, Bukit Jalil. NSTP/OSMAN ADNAN

“Pihak jawatankuasa pertandingan telah pun membuat keputusan dan seperti biasa keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pihak Exco AFC untuk dimuktamadkan.

“Pada kebiasaannya, keputusan muktamad daripada pihak Exco AFC akan diketahui dalam tempoh seminggu setelah menerima keputusan daripada pihak jawatankuasa pertandingan,” katanya.

Sebelum ini, Singapura dipilih sebagai venue bagi saingan peringkat kumpulan H dan I namun kemudiannya menarik diri ekoran situasi pandemik COVID-19 di negara itu yang menunjukkan peningkatan.

Dua kelab Liga Malaysia, Terengganu dan Kedah Darul Aman (KDA) menjadi wakil negara dalam saingan edisi 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Farizal Anggap Ratchaburi Pasukan Bagus Dari Segi Teknikal, Sasar Catat Keputusan Positif

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam ‘FIFA Century Club’, Soh Chin Ann Bakal Menerajui Senarai Jika Diluluskan

Park Hang-seo Mahu Pemain Vietnam Lebih Fokus Hadapi Kelayakan Pusingan Ketiga