Koresponden Fabrizio Ramano melaporkan bahawa Raphael Varane semakin hampir menyertai Manchester United. Di mana rundingan di antara kedua dua kelab untuk pemain tersebut sedang berlangsung.

Manchester United akan melakukan bidaan rami untuk Varane dalam beberapa hari ini.

Di mana lembaga pengarah kelab yakin bahawa rundingan ini semakin hampir dimuktamadkan.

Varane juga dijangka sudah bersedia untuk mempersetujui terma peribadi kontrak. Pemain antarabangsa Perancis itu masih tidak mahu melanjutkan kontraknya di Real Madrid.

Walaubagaimanapun Varane tidak mendesak kelab menjualnya. Dia akan kekal profesional kerana menghormati kelab, Florentino Perez dan Carlo Ancelotti. Oleh itu beliau memberikan jaminan akan datang ke latihan seperti biasa dan memberikan komitmen terbaiknya kepada Madrid, sekalipun rundingan ini gagal dimeterai.

Kontrak semasa Varane akan berakhir pada Jun 2022. Dengan beliau sudah menyatakan bahawa beliau mahukan cabaran baharu di Liga Perdana Inggeris.

Buat masa ini, hanya Man United sahaja kelab yang cuba memancing Varane dari Real Madrid.

vrrr

Real Madrid baru sahaja mendapatkan David Alaba selepas kehilangan Sergio Ramos. Pemain itu berharap Varane akan terus kekal di Real Madrid.

Real Madrid pastinya perlu mencari pengganti Varane segera jika mereka melepaskan pemain tersebut.

Varane telah lama menjadi sasaran Manchester United. Namun rundingan sebelum ini nampak sukar kerana pemain itu dilihat benar benar selesa di Real Madrid.

Ole Gunnar Solksjaer mahu mencari gandingan Harry Maguire yang stabil. Varane dianggap calon sesuai.

Baca juga artikel

Wijnaldum Kutuk Penyokong Liverpool Di Media Sosial, Nafi Ke PSG Kerana Wang

Bale Tekad Cabar Tempat Dalam Kesebelasan Utama Real Madrid

Giggs Nafi Terajang Belakang, Hantuk & Tolak Teman Wanitanya Keluar Hotel Tanpa Pakaian