Louis van Gaal bengang dengan cadangan seorang wartawan Belanda yang mahu dia bermain bola sepak lebih ‘defensif’.

Semasa sidang akhbarnya pada hari Isnin, Van Gaal terlibat dalam sesi perdebatan dengan wartawan Belanda, Valentijn Driessen.

Driessen berpendapat, pasukan Belanda sekarang terlalu tertumpu kepada aspek serangan dan perlukan keseimbangan.

Lantas Van Gaal memetik sistem Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel yang menurutnya terlalu pasif.

Van Gaal menggunakan sistem yang hampir serupa sebelum ini, namun dia menegaskan sistem beliau lebih ofensif, tidak seperti Chelsea.

“Kamu mahu kita bermain dengan sistem, 5-3-2 macam Chelsea. Bola sepak bertahan.”

“Lihat hasilnya, lihat Itali … juara Eropah, dan mereka kini seri dua kali,” kata Van Gaal lagi.

“Tidak semudah itu. Bola sepak bertahan telah muncul dan ada ramai yang bertepuk tangan untuknya selepas itu.”

Driessen kemudian menjawab: “Tetapi tiada yang memuji kamu. Kamu juga mahu bermain seperti Chelsea dan Liverpool. ”

Van Gaal membalas: “Adakah itu [bola sepak cara Van Gaal] bola sepak bertahan di mata kamu?”

Driessen menjawab: “Itulah yang dilakukan Chelsea.”

Van Gaal kemudian menjawab: “Tidak sama sekali, Valentijn.”

“Kamu sama sekali tidak tahu pasal bola sepak. Maaf saya katakan, tetapi kamu hanyalah seorang wartawan. Kamu mahu berkongsi tentang visi kamu.”

“Tetapi malangnya kamu tidak mempunyai visi dalam bola sepak. Kamu cuma mempunyai visi untuk akhbar, itu hebat.”

“Kamu berjaya menarik perhatian, dan sebagainya.”

“Tetapi dengan 5-3-2 atau 5-2-3, kamu juga dapat menyerang dengan sangat baik.”

‘Chelsea menunjukkannya setiap kali, dengan formasi yang berbeza. Dan saya menyatakan tabik hormat saya kepada Encik Tuchel, kerana dia hanya mengambil alih pada pertengahan [musim lalu].”

Baca juga artikel

Edu: ‘Kedudukan Liga Tak Penting Buat Masa Ini, Kerana Arsenal Sedang Membina Asas’

Aksi Brazil-Argentina Dihentikan, Pegawai Kesihatan Brazil ‘Tangkap’ 4 Pemain EPL Menipu Elak Kuarantin

Salah Minta Gaji £500K Seminggu