Semalam Daily Mirror melaporkan bahawa Louis Van Gaal sudah sedia untuk menggalas tugasan sebagai pengurus Belanda sekali lagi.

Ini selepas Frank De Boer gagal membimbing Belanda mara lebih jauh dalam kempen Euro 2020. Belanda disingkirkan secara mengejut oleh Republik Czech pada pusingan 16 akhir.

Pengumuman dijangka akan dibuat dalam masa terdekat, setelah isu berkaitan dengan cukai diselesaikan.

Van Gaal merupakan pengurus yang pernah membimbing Belanda sehingga menamatkan saingan Piala Dunia 2014 di tangga ketiga.

Beliau dilaporkan akan mengambil alih tugasan bermula daripada kempen kelayakan Piala Dunia berdepan dengan Norway, Motenegro dan Turki pada September. Di mana 3 perlawanan tersebut akan berlangsung dalam jarak masa enam hari.

Mirror kemudian menuduh Virgil Van Dijk – kapten Belanda – mengetuai kumpulan pemain yang bengang dan menentang kepulangan semula Van Gaal ke dalam pasukan kebangsaan.

Tuduhan itu dinafikan oleh Van Dijk dengan serta merta. Di mana pemain yang baru kembali ke sesi latihan penuh itu berkata: “Cerita ini palsu sama sekali. Tiada yang lebih penting untuk wartawan melaporkan kebenaran dan bukannya hanya mereka cerita.”

“Malulah kamu Mr [Simon] Mullock [Mirror].”

Van Dijk sebelum ini terpaksa melupakan tugasan Euro 2020 untuk memastikan dia benar benar cergas beraksi.

Van Dijk berehat panjang selepas mengalami kecederaan ACL pada musim lalu. Kecederaan beliau jelas memberikan impak yang besar kepada Liverpool.

Baca juga artikel

Manchester City Setuju Terma Peribadi Grealish, Turut Berusaha Dapatkan Kane

Reputasi England Calar Selepas EURO, Impian Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia ‘Sedang Mati’

Serie A Larang Penggunaan Jersi Hijau Kerana Siaran Langsung TV