Virgil Van Dijk telah memberitahu Erling Haaland untuk tidak memperdulikan sebarang bunyi bising di luar sana, kerana dia meramalkan penyerang Manchester City baharu itu akan berjaya dalam Liga Perdana.

Haaland mengharungi penampilan sulung domestik yang mengecewakan untuk City menentang Liverpool dalam Perisai Komuniti, hanya menyempurnakan enam hantaran dan menyaksikan percubaan minit akhir dari depan gol terkena palang.

Bagaimanapun, pertahanan Liverpool, Van Dijk berkata, adalah mustahil bagi pertahanan Liga Perdana Inggeris untuk mendiamkan Haaland lebih lama. Virgil Van Dijk menganggap Haaland amat mengerikan.

Bercakap mengenai Nunez, Van Dijk berkata: “Dia seorang penyerang zaman moden, sama dengan Haaland, sifat yang sama. Sukar untuk ditentang. Dia menunjukkannya, sukar untuk bermain menentang City, saya rasa mereka agak keletihan. Nunez menjaringkan gol dan terlibat.”

Bercakap mengenai Haaland, yang sebelum ini menggelar Van Dijk sebagai pertahanan paling sukar yang pernah dihadapinya, pemain Belanda itu berkata: “Fokus sentiasa sama untuk mana-mana penyerang, dia mempunyai banyak kualiti untuk menyukarkan hidup pemain pertahanan.”

“Dia akan menjadikan kehidupan pemain pertahanan di England mengerikan, dia sangat direct, dia mempunyai segala-galanya, dia boleh menanduk bola, dia pantas. Hari ini kami menghalangnya, dia mempunyai satu pe0luang, dua mungkin. Selain itu kami melakukannya dengan baik.”

“Saya tidak akan memberi terlalu banyak nasihat kepadanya tetapi dia akan tahu dia perlu memberi tumpuan kepada permainannya sendiri dan tidak melihat apa yang orang lain katakan kepadanya. Terdapat tekanan kepada orang yang datang untuk tanda harga yang tinggi. Apa yang boleh anda lakukan mengenainya?.”

“Anda datang untuk beraksi dan sebuah kelab membayar yuran perpindahan. Anda tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya. Anda meletakkan fokus anda, bekerja dan dalam kes dia, dia harus sentiasa mencuba dan menjaringkan sebanyak mungkin gol untuk City. Begitu juga untuk Darwin dalam kes kami, semoga dalam kes kami dia boleh menjaringkan lebih banyak.”

Ketika Liverpool merangkul Perisai Komuniti tahun ini, Van Dijk merasakan bahawa Liverpool tahu mereka mesti meningkatkan lagi prestasi mereka untuk menentang pasukan ‘big six’ dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini, selepas beberapa siri keputusan seri musim lalu.

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan, kami juga mencuba musim lalu,” katanya.

“Ia menunjukkan perlawanan kami akan berjuang menentang satu sama lain, sama ada City atau Chelsea ia akan menjadi sukar. Ia tidak akan berbeza tahun ini, kami akan cuba dan meneruskannya semula, kami tidak meletakkan fokus yang berbeza di atasnya.Kami cuba untuk menang tahun lepas juga.

“Kami tidak boleh melihat ke belakang pada penghujung musim dan berfikir jika kami memenangi perlawanan itu kami akan menjadi juara. Jika anda melihatnya dengan cara itu ia akan sentiasa sukar.”

“Kami semua tahu betapa sukarnya permainan ini, permainan ini sentiasa ada dan ia tidak berbeza. Kami menikmati bermain di peringkat tertinggi dan ini adalah tahap tertinggi.”

“Ia adalah permainan yang sengit, permainan terbuka pada masa-masa tertentu. Bagus untuk kami meraih kemenangan, sangat penting. Sekarang kami memulakan musim.”