Berita buruk untuk penyokong Liverpool. Pertahanan utama pasukan The Reds, Virgil van Dijk, disahkan mengalami kecederaan ACL dan akan berehat untuk tempoh yang sangat panjang.

Virgil van Dijk mengalami kecederaan itu dalam perlawanan menentang Everton. Di mana ligamen lutut pemain pertahanan berusia 29 tahun itu rosak setelah dikasari oleh Jordan Pickford pada awal perlawanan.

Agak pelik kerana, penjaga gol England itu tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil Michael Oliver.

Menurut diagnosis awal, Van Dijk disyaki mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL). Liverpool kemudian mengesahkan kerosakan ligamen pada lutut van Dijk dan memerlukan pembedahan.

Liverpool dalam kenyataan rasminya menyatakan:

“Liverpool boleh mengesahkan bahawa Van Dijk akan menjalani pembedahan untuk  kecederaan lutut yang dia alami semasa perlawanan menentang Everton.”

“Ligamen lututnya rosak dalam insiden yang melibatkan penjaga gol Jordan Pickford pada minit kelima perlawanan.”

“Menurut pemeriksaan lebih lanjut, pembedahan diperlukan untuk menyembuhkan kecederaan itu.”

Liverpool tidak dapat memberikan jangkaan berapa lama Van Dijk akan pulih.

“Tidak ada jangka waktu tertentu mengenai bila waktu Van Dijk kembali.”

“Dia akan memulakan program pemulihan dengan pasukan perubatan kelab agar dapat membantu mencapai kecergasan secepat mungkin.”

Kecederaan Virgil van Dijk sudah pastinya menjadi tamparan hebat buat Liverpool. Biasanya kecederaan tersebut mengambil masa 6 sehingga 8 bulan untuk pulih.

The Reds sebelum ini kehilangan penjaga gol Alisson Becker kerana kecederaan.

Kehilangan dua tonggak penting Liverpool itu akan memberikan cabaran kepada pertahanan The Reds.

Dengan prestasi tidak menentu oleh Adrian dan Joe Gomez, Liverpool pastinya berharap pemain pemain tersebut akan menunjukkan prestasi terbaik mereka – dalam usaha Liverpool mempertahankan kejuaraan liga.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Lanzini Rosakkan ‘Parti’ Bale, Mourinho Anggap Tiada Yang Pelik Dengan Skor 3-3

Solskjaer Tentang Van De Beek: “Kami Menang 4-1 Dan Kamu Masih Tanya Tentang Itu?”

Keputusan VAR Ini Nafikan 3 Mata Liverpool

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group