Rafael van der Vaart telah mengugut rakan pundit beliau bahawa dia akan keluar segera daripada studio jika mereka sekali lagi cuba membandingkan Timo Werner dengan legenda Belanda, Robin van Persie.

Timo Werner terus bergelut untuk menjadi pemain yang boleh menjaringkan 30 gol semusim untuk Chelsea sejak tiba dengan harga £53 juta.

Werner menjaringkan dua gol dalam aksi UCL di Rusia. Di mana Chelsea diikat pada saat akhir Zenit. Sekaligus membuatkan Chelsea gagal untuk menjadi juara kumpulan.

Selepas menjaringkan 2 gol tersebut, seorang pundit telah menyamakan Timo Werner dengan Robin van Persie kerana menurutnya, gerakan Werner di dalam kotak penalti mirip sekali dengan RvP.

Terutama sekali ketika Werner mencetak gol kedua peribadinya pada hari itu.

Perbandingan itu dianggap menjengkelkan oleh Van Der Vaart yang terus berkata: “Jika kamu sekali lagi membandingkan Werner dengan Van Persie, saya akan berambus serta merta.”

Sejak tiba di Chelsea, Werner hanya menjaringkan 17 gol daripada 65 penampilan. Prestasi kurang konsisten Werner membuatkan Chelsea membeli semula Romelu Lukaku.

Walaupun hanya memenangi 1 Liga Perdana Inggeris, namun Van Persie dianggap salah seorang penyerang legenda EPL dengan 190 gol sepanjang bersama Gunners dan Setan Merah.

Itupun di dalam kariernya Van Persie bergelut dengan beberapa siri kecederaan.

Van Der Vaart memang dikenali dengan mulut puakanya. Sebelum ini dia terkenal dengan analisis tentang kapten Manchester United, Harry Maguire.

Di mana selepas Man United dibelasah Liverpool 0-5, Van Der Vaart menyatakan bahawa: “Apabila saya pergi melihat pasukan amatur bermain pada Ahad, saya boleh mencari 3 pemain yang bermain seperti dia [Maguire].”

“Saya benar benar memaksudkannya. Mungkin kedengaran bodoh, tapi dia bukannya dengar sekalipun. Kita sekarang bercakap tentang pertahanan €90 juta.”

“Kalau nilai dia macam tu, maka Van Dijk bernilai €300 juta.”