Rafael Vand Der Vaart menembak Thibaut Courtois yang menurutnya terlalu banyak mengeluh dan mengomel.

Ini selepas Courtois mengkritik perlawanan perebutan tempat ketiga dalam aksi UNL sebagai tidak berguna dan meletihkan pemain semata mata.

Courtois membidas UEFA sebagai hanya memikirkan soal poket mereka dan tak kisah tentang risiko yang dihadapi pemain.

Van der Vaart kemudian melabel Courtois sebagai kuat ‘merengek’. Sedangkan dia merupakan penjaga gol dan pemain yang paling sedikit risiko keletihan berbanding pemain lain.

“Saya rasa itu merepek. Kamu sebelum ni bercuti enam bulan [kerana covid]. Dan baru sahaja bermain bola semula. Kelab membelanjakan wang yang banyak untuk membayar gaji kamu.”

“Ya, jadual perlawanan sangat padat, tetapi kita semua pernah melaluinya.”

“Bermain bola sepak adalah perkara yang paling menyeronokkan, mereka pula merengek.”

Seterusnya Van Der Vaart menyatakan bahawa posisi penjaga gol seharusnya menjadi yang terakhir untuk merengek keletihan kerana mereka lebih banyak hanya berdiri di atas padang.

Courtois telah membuat 14 penampilan untuk kelab dan negara sejak musim ini dimulakan pada pertengahan Ogos. Musim lalu, beliau bermain 61 kali dalam 285 hari, berakhir di suku akhir Euro 2020 pada 2 Julai.

Courtois dilaporkan memperoleh di £ 270,000 seminggu setelah menandatangani perjanjian baru dengan Real Madrid hingga 2026 pada bulan Ogos.

Baca juga artikel

Legenda Perancis Saran Mbappe Kekal Di PSG Sebab Real Madrid Tak Ada Peluang Memenangi UCL

Fabrizio Romano: Newcastle Tak Berminat Dengan Coutinho

Barcelona: Sediakan €55 Juta Semusim Baru Boleh Bincang Nak Letak Nama Anda Depan Jersi Kami