Pemain tengah Belanda telah berusaha keras untuk mendapatkan lebih banyak minit di Old Trafford sejak menyertai Manchester United.

Donny van de Beek mengatakan waktunya “pasti tiba” di Manchester United untuk beliau menjadi pemain utama pasukan. Dan ketika ini fokusnya adalah untuk terus menujukkan apa yang beliau mampu sumbangkan kepada pasukan.

Van de Beek belum memulakan perlawanan di Liga Perdana Inggeris untuk United sejak bergabung dari kelab gergasi Eredivisie, Ajax pada awal musim dalam perjanjian £39 juta.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya beraksi 75 minit aksi Liga Perdana Inggeris.

Ditanya mengenai keadaannya di Manchester setelah menjaringkan gol seri 1-1 Belanda dengan Sepanyol pada hari Rabu, Van de Beek menekankan bahawa dia gembira dan bahawa dia sudah menunjukkan potensinya untuk memberi kesan positif kepada pasukan.

“Kedengarannya klise bagi saya untuk mengatakan ini, kerana tentu saja saya ingin bermain lebih banyak, tetapi saya sangat gembira berada dalam pasukan yang bagus. Saya diterima dengan baik dan dibantu oleh semua orang,” kata Van de Beek kepada NOS.

“Saya seorang yang sabar, tetapi tentu saja anda pergi ke sana untuk bermain sebanyak mungkin. Saya telah menunjukkan bahawa saya dapat menambah sesuatu kepada pasukan.”

Ole Gunnar Solskjaer memiliki lambakan pemain tengah selain daripada Van de Beek iaitu Bruno Fernandes, Paul Pogba, Fred, Nemanja Matic dan Scott McTominay.

Pengurus United, Solskjaer lebih memilih pasangan tengah Fred dan McTominay sebagai pivot kembar di belakang Fernandes dalam perlawanan menentang Chelsea, Paris Saint-Germain dan Newcastle United.

Dengan Pogba dan Van de Beek di bangku simpanan dalam kemenangan minggu lalu ke atas Everton.

Walaupun memiliki minit Liga Perdana yang terhad, Van de Beek mempunyai ketepatan hantaran 83.33% – lebih baik daripada Pogba dan Fernandes.

Dalam Liga Juara-Juara selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan, Van de Beek dengan cemerlangnya mencatatkan ketepatan hantara 92%, lebih baik daripada Matic (89.4), Pogba (85.5), Fred (84.1), McTominay (83) dan Fernandes (73.3).

Van de Beek menambah: “Apa yang dia [Solskjaer] katakan kepada saya? Dia menyatakan saya harus bersabar, dan saya juga harus meneruskan apa yang telah saya lakukan.”

“Dan dia melihat bahawa saya mempunyai kesan yang baik ketika saya berada atas padang. Masa untuk saya pasti akan tiba. Dan apabila peluang itu datang, saya harus berada di sana.”

Baca juga perkembangan lain

Finland Kejutkan Perancis 2-0, Dua Serangan Dalam Jarak 3 Minit Malukan Les Bleus

Tempat Van de Beek Terjamin Di Belanda Walaupun Jadi Pemanas Bangku Simpanan Di United

Dest: Amerika Syarikat Mampu Menang Piala Dunia 2026