Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain muda negara yang berpangkalan di Jerman, V Annil mendapat tawaran dari dua kelab Bundesliga untuk menjalani sesi ujian pada November ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua kelab yang dimaksudkan ialah VfB Stuttgart yang beraksi di divisyen pertama dan Karlsruher SC yang beraksi di divisyen kedua.

Annil merupakan pemain pertahanan muda berusia 19 tahun dan ketika ini beliau beraksi bersama SGV Freiburg yang bersaing di divisyen kelima saingan liga bola sepak Jerman.

Pemain ini menjadi salah seorang pemain muda negara yang beraksi di luar negara yang bakal dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad B-20 tahun sebagai persiapan untuk menghadapi saingan kelayakan AFC B-23 pada Oktober ini.

Dua lagi pemain yang bakal dipanggil ialah Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Wan Kuzri Wan Kamal.

Selain tiga pemain di atas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut digesa untuk memanggil beberapa pemain muda yang lain seperti Kobe Chong yang baru-baru ini melengkapkan perpindahan dengan menyertai kelab EFL Championship, Peterborough United serta pemain tengah Brighton & Hove Albion, Jaami Qureshi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda negara yang beraksi di Eropah di sini:

Luqman Hakim Hanya Panaskan Bangku Simpanan Dalam Aksi Persahabatan KV Kortrijk

13 Pemain Dijangka Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad B-20 Fasa Kedua

Ejen Dedahkan Kobe Chong Bekerja Di Pasar Raya Sebelum Sertai Sesi Ujian Peterborough

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group