Usain Bolt, yang kini bersama Central Coast Mariners menjalani sesi percubaan berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan persahabatan bertemu McArthur South West United.

Ini merupakan penampilan ketika Usain Bolt memakai jersi Central Coast Mariners selepas kali pertama melakukannya pada bulan Ogos dan September yang lalu.

Gol pertama: Memakai jersi bernombor 95, Usain diturunkan dalam kesebelasan utama bertemu McArthur South West United.

Minit ke 55, Usain yang menerima lambungan dari Ross McCormack dan melakukan rembatan leret dicelah kaki pertahanan serta gagal digapai oleh penjaga gol lawan.

Gol kedua: Minit ke 69 Usain yang mengambil kesempatan keatas pergelutan pertahanan dan penjaga gol McAthur South West United, dan dengan tenang meletakkan bola kedalam gol.