Pemenang 8 kali pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt yang telah bersara dari acara trek tahun lalu, kini diambang untuk memulakan karier bola sepak profesional.

Usain Bolt sebelum ini pernah menjalani latihan bersama Borussia Dortmund dan kelab dari Norway, Stromsgodset kini hampir pasti akan menjalani sesi percubaan bersama Contral Coast Mariners selama 6 minggu.

Ada laporan yang mengatakan bahawa Usain Bolt telah menandatangani kontrak bersama Central Coast Mariners tetapi pihak kelab telah mengeluarkan kenyataan sebenar mengenai perkara itu.

“Pihak kelab mahu menjelaskan bahawa wujudnya perbincangan dengan juara Olimpik dan pemegang rekod dunia itu mengenai peluang menjalani sesi percubaan bersama Central Cost Mariners”

“Central Coast Mariners kekal komited untuk berbincang bersama ‘orang-paling-pantas-didunia’ dan pihak pengurusan beliau, berkaitan bagaimana kelab boleh membantu Bolt untuk mencapai impian bergelar pemain bola sepak profesional.”

Menurut maklumat dari Central Coast Mariners lagi, sebarang perbincangan diantara kedua belah pihak memerlukan sesi percubaan selama 6 minggu dan tiada jaminan kontrak akan diberikan”

Usain Bolt, seorang penyokong Manchester United pernah menyertai sesi ‘Soccer Aid’ di Old Trafford musim panas ini dan sudah mengenali Mike Phelan yang kini baru dilantik sebagai ‘Sporting Director’ bersama kelab yang berpangkalan di Gosford itu.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group