Amerika Syarikat / USA terikat dengan Wales terikat selepas gol penalti oleh Gareth Bale pada separuh masa kedua.

USA dan Wales turut dalam aksi kumpulan B, selepas England menang besar ke atas Iran dalam sepak mula lebih awal. England menjadi pasukan pilihan untuk mara.

Jadi pertemuan antara Wales dan USA ini penting untuk mencipta ‘pace’ bagi 2 calon pengiring England.

Amerika Syarikat agresif

USA memulakan aksi dengan agresif. Dalam 13 minit pertama sudah ada 2 layangan kad kuning kepada pemain mereka.

Penjaga gol Wales, Hennessey melakukan beberapa aksi menyelamat, sedangan Matt Turner kelihatan lebih tenang di gawang USA.

Wales bermain dengan sistem lebih defensif berbanding dengan lawan mereka. Selepas beberapa siri serangan bahaya dilancarkan oleh USA, mereka akhirnya di hadapan menerusi Timothy Weah.

Anak kepada George Weah itu pasti membuatkan ayahnya berasa bangga.

Wales mati kutu

Wales kelihatan akan menelan kekalahan dalam perlawanan ini berdasarkan persembahan mereka pada separuh masa pertama.

Mereka gagal untuk membina permainan seperti mereka mahukan.

Pada separuh masa kedua, keadaan menjadi lebih baik untuk Wales berbanding separuh masa pertama. Mereka mulai lebih kerap menyerang.

Ben Davies hampir menanduk masuk untuk menyamakan kedudukan buat Wales pada minit ke-64 tetapi dinafikan oleh penjaga gol USA, Matt Turner dengan penyelamatan akrobatik menepis bola melepasi palang.

Daripada sepakan penjuru selepas itu, Moore pun hampir menjaringkan gol dengan memintas bola hantaran Harry Wilson.

USA kemudian memutuskan untuk lebih bertahan untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Penalti Bale menyelamatkan Wales

Pada minit ke-80, akhirnya diberikan sepakan penalti.

Pemain veteran dan berpengalaman Wales, Gareth Bale tampil dan menewaskan Turner dengan penalti yang sangat baik.

Gol itu merupakan gol pertama Wales dalam Piala Dunia sejak 64 tahun lamanya.

Berdasarkan karier Bale, dia selayaknya mendapat nama sebagai pemain yang mencetak gol bersejarah itu untuk negaranya.

USA kemudian cuba mendapatkan semula 3 mata mereka. Dengan Wales kelihatan selesa untuk berkongsi mata.

Tamat perlawanan USA 1 Wales 1.

Wales akan menentang Iran pada hari Jumaat dalam perlawanan kedua Kumpulan B manakala Amerika Syarikat menentang England.