Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menjelang perlawanan separuh akhir pertama kejohanan Piala AFF 2020 diantara Thailand bertemu Vietnam hari ini, pengurus pasukan Elephant War iaitu Nualphan Lamsam melakukan satu aktiviti ‘lucky draw’ bersama semua pemain dan staf kejurulatihan di hotel penginapan mereka semalam.

Aktiviti itu telah berjaya menarik perhatian peminat bola sepak dari seluruh Asia Tenggara kerana hadiah-hadiah yang disediakan oleh pengurus pasukan Thailand itu bukan biasa-biasa jika diperhatikan.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik dilaman sosial Facebook rasmi Changsuek, ada 15 hadiah barangan berjenama mewah tersebut adalah seperti;

  • Hermes Constance
  • Jam tangan Rolex
  • Jam Tangan Hermes
  • Beg Prada
  • Beg Christian Dior
  • Chanel
  • iPhone 13

Weerathep Pomphan menerima hadiah utama cabutan bertuah iaitu beg Hermes Constance manakala Jenpop Phokhi pula merupakan pemenang hadiah jam tangan jenama Rolex.

Selain itu, presiden FA Thailand juga telah membuat pengumuman khas semalam bahawa beliau secara peribadi akan menghulurkan bonus bernilai RM1.25 juta kepada semua pemain dan staf kejurulatihan sekiranya berjaya menewaskan Vietnam malam ini seterusnya layak ke peringkat akhir.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Presiden FA Thailand ‘Hulur’ Bonus Peribadi RM1.25 Juta Jika Tewaskan Vietnam Di Separuh Akhir Piala AFF 2020

Teamtalk Shin Tae-yong Ini Dedahkan 4 Kelemahan Utama Skuad Malaysia Ketika Bertemu Indonesia

Mano Pölking Berterus-Terang 3 Sebab Kenapa Thailand Turunkan ‘Skuad Simpanan’ Berdepan Singapura

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group