Switzerland meraih kemenangan pertama mereka pada peringkat kumpulan Liga Negara-Negara. Dan kemenangan cemerlang itu dicatat ketika menentang Portugal, hasil jaringan terpantas dalam sejarah pertandingan.

Haris Seferovic menjaringkan gol selepas hanya 55 saat untuk membolehkan tuan rumah menang 1-0 ke atas Portugal, yang membayar harga yang tinggi selepas memutuskan merehatkan penjaring terbanyak Cristiano Ronaldo selepas permulaan tanpa kalah dalam pertandingan.

Tuan rumah, bangkit daripada tiga kekalahan berturut-turut, dan mendapat pembukaan impian, membuka jaringan selepas hanya 55 saat ketika Seerovic melonjak tinggi untuk menanduk masuk hantaran silang berbahaya Silvan Widmer dari sebelah kanan.

Gol itu kelihatan seperti mungkin digandakan tidak lama selepas itu apabila penalti diberikan keradan handball oleh Nuno Mendes, tetapi keputusan itu dibatalkan dengan bantuan VAR kerana kesalahan dalam pembentukan.

Detik VAR itu seolah-olah memberi Portugal satu kelebihan, dan tidak lama selepas itu Danilo Pereira berjaya melakukan tandukan deras yang diselamatan oleh Jonas Omlin.

Pelawat kemudian menyangka mereka telah menyamakan kedudukan apabila Rafael Leao menyumbat masuk bola. Malangnya gol itu diketepikan kerana Andre Silva berada dalam keadaan ofsaid pada awal pergerakan.

Pasukan Fernando Santos menikmati banyak penguasaan bola, tetapi mereka jarang melakukan apa-apa dengannya.

Kemudian Switzerland memiliki peluang menerusi Seferovic. Sayangnya percubannya tersasar.

Pemain Bernardo Silva melakukan percubaan yang berjaya dihadang penjaga gol.

Omlin terus menggagalkan kesemua percubaan yang datang. Dia juga tiada masalah menghentikan sepakan percuma Bruno Fernandes, dan meluruh menyekat percubaan bahaya Goncalo Guedes serta menafikan percubaan Diogo Jota.

Tamat perlawanan, Switzerland 1 Portugal 0.