Tandukan Van Dijk telah membantu Belanda menewaskan Belgium untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah.

Gol tandukan Van Dijk sudah cukup untuk memastikan kemenangan ke atas Belgium di Arena Johan Cruyff.

Skuad kendalian Louis van Gaal perlu mengelak kekalahan dengan tiga gol menentang pasukan tangga kedua Belgium, di mana turut menang s 4-1 dalam perlawanan pertama pada Jun.

Tetapi mereka memastikan kemaraan bergaya mereka apabila pertahanan Liverpool, Van Dijk menerima sepakan sudut Cody Gakpo pada 73 minit, dan menyumbatnya masuk.

Belanda menamatkan kempen kumpulan mereka tanpa kalah, enam mata di atas Belgium.

Bos Belgium Roberto Martinez menyifatkan kekalahan teruk Belgium dalam pertemuan mereka sebelum ini dengan Belanda sebagai “kekalahan yang diperlukan untuk membangkitkan mereka.”

Ini kerana menurut Martinez, pasukannya perlu kalah sekali sekala dengan kekalahan besar seperti itu untuk belajar sesuatu daripadanya.

Selain itu, Kevin De Bruyne turut menyatakan bahawa dia sebenarnya sudah bosan bertemu dengan Wales di dalam kariernya selepas kemenangan Belgium ke atas Wales sebelum ini.

Jadi, De Bruyne boleh memanfaatkan aksi berdepan Belanda untuk menghilangkan sedikit kebosanan itu.

Dan sebelum pertemuan mereka di Amsterdam, Martinez menyatakan bahawa mereka tidak memikirkan soal “membalas dendam”.  Sebaliknya mahu melihat peningkatan dalam pasukan mereka sebelum ke Piala Dunia.

Lebih malang,  Martinez terpaksa menonton dari tempat duduk ketika dia menjalani penggantungan perlawanan ketika berkunjung ke Amsterdam, dengan Thierry Henry mengambil alih tugas di kawasan teknikal.

Belgium bermula dengan agak garang. Dengan Eden Hazard melakukan ancaman awal yang hampir menghasilkan gol.

Belanda tidak berjaya melakukan rembatan tepat sasaran pada separuh masa pertama yang tidak begitu intensif.

Namun selepas permulaan yang rancak pada babak kedua oleh Belgium yang menyaksikan Remko Pasveer menafikan Onana dengan penyelamatan sebelah tangan.

Tandukan Van Dijk kemudian memberikan Belanda gol untuk menjamin pasukan Van Gaal di tempat teratas kumpulan A4.

Pemain gantian Dodi Lukebakio hampir menjaringkan gol saguhati sensasi untuk Belgium dengan sepakan gunting yang terkena palang.

Tetapi, buat pertama kali dalam 50 perlawanan, Belgium gagal menjaringkan gol, dan Belanda menuju ke Piala Dunia dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah.

Perlawanan lain dalam kumpulan itu menyaksikan Wales tersingkir selepas ditewaskan Poland di tempat sendiri.