Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perancis sekali lagi memerlukan kebangkitan dalam aksi Piala Bangsa Eropah. Ini selepas mereka ketinggalan sekali lagi dalam aksi final.

Dalam aksi separuh akhir sebelum ini Perancis ketinggalan dua gol untuk bangkit 3 gol pada separuh masa kedua, bagi menyingkirkan cabaran Belgium.

Karim Benzema menikmati kejayaan manis pertamanya bersama dengan Perancis selepas kembali semula ke kem Perancis.

Benzema dipanggil semula ke kem Perancis pada Euro yang lalu, dan memahatkan namanya dalam pasukan utama.

Prestasi cemerlang Benzema berterusan di peringkat antarabangsa.

Sepanyol mendahului minit ke-64 menerusi seorang lagi pemain dalam prestasi terbaik iaitu Mikel Oyarzabal.

Namun gol itu cuma bertahan dua minit, kerana Karim Benzema menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit lagi, penyerang muda sensasi Perancis, Kylian Mbappe memberikan gol kejuaraan untuk negaranya.

Kejayaan ini menyaksikan Perancis menjadi negara pertama yang memenangi kesemua piala antarabangsa termasuk Euro, Piala Dunia, dan Piala Bangsa Eropah.

Ini adalah kejayaan kedua mereka memenangi piala antarabangsa di bawah bimbingan Didier Deschamps.

Sepanyol juga harus bangga kerana mereka bangkit daripada kesuraman Piala Dunia 2018 dengan beraksi cemerlang di Euro 2020 dan kini berjaya menjadi naib juara Piala Bangsa Eropah.

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group