Pengurus Portugal Fernando Santos menganggap penyingkiran Portugal sebagai tidak menggoyahkan keyakinannya bahawa dia akan terus mengendalikan pasukan itu.

Portugal tersingki daripada liga atasan UNL selepas kalah di tangan Sepanyol hasil gol lewat Alvaro Morata.

Fernando Santos yang sebelum ini membantu Portugal menjuarai edisi sulung UNL menyatakan bahawa mereka telah bermain mengikut perancangan.

“Pasukan diatur dengan baik pada separuh masa pertama. Kami mencipta peluang manakala Sepanyol tidak mencipta peluang,” tegas Santos.

“Dalam 15 minit pertama separuh masa kedua kami menolak pemain kami lebih tinggi ke atas kawasan padang, menekan lebih jauh ke atas dan kami mencipta dua atau tiga peluang.”

“Sejak itu kami tidak mempunyai bola, pasukan melepaskan penguasaan, kami berhenti mengasak dan kami menghadapi kesukaran.”

“Jota meminta untuk digantikan, tetapi saya tidak bercadang untuk membuat penggantian itu. Saya membawa Vitinha dan João Mário untuk menguasai lebih banyak bola dan kami tidak berjaya dan mula berundur ke belakang.”

“Walaupun begitu, kami mempunyai dua peluang besar untuk menjaringkan gol tetapi kami tidak mengambilnya. Ronaldo mempunyai beberapa peluang yang dia biasanya menjaringkan gol.”

“Kami perlu berpegang kepada corak permainan kami tanpa mengira lawan.”

“Kami melakukan perkara seperti ini untuk masa yang lama. Kami mengedarkan bola, kami menekan dan kami mencipta peluang.”

“Pada separuh masa kedua kami bermula dengan menolak lebih tinggi ke atas padang tetapi kemudian kami kehilangan penguasaan bola, Sepanyol mula menolak kami ke belakang dan tanpa mempunyai sebarang peluang sebenar, mereka menjaringkan gol.”

“Ini adalah kali kedua kami melepaskan gol tepat pada penghujung babak perlawanan [selepas kekalahan Serbia].”

“Jika kita perlu bertahan kita harus bertahan dengan segala-galanya. Para pemain dan hati saya hancur pada penghujung permainan ini.”

Pengurus Portugal itu kemudian menafikan bahawa dia tidak belajar dan tidak serik dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Santos menambah: “Adakah saya belajar daripada perlawanan Serbia? Anda tidak boleh membandingkan permainan ini dengan permainan Serbia.”

“Menentang Serbia kami menjaringkan gol tetapi kemudian kami tidak mencipta sebarang peluang lagi.”

“Kami telah banyak berubah sejak itu, cara kami bermain, cara kami berfikir tentang permainan. Sudah tentu sentiasa ada perkara yang perlu diperbaiki.

Bercakap tentang sama dia rasa kedudukannya di kerusi pengurus Portugal terancam, Santos meremehkan teori itu dengan berkata:

“Penyingkiran ini langsung tidak melemahkan saya. Saya mempunyai kontrak sehingga 2024.”