Liga Bangsa Eropah 2021 terus menghadirkan drama. Jika semalam Sepanyol menamatkan rekod tanpa kalah 37 perlawanan Itali.

Hari ini, Perancis bangkit dariapda ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama untuk menang 3-2.

Sekaligus membolehkan Perancis mara ke final Liga Bangsa Eropah.

Perlawanan lebih dramatik kerana gol kemenangan Perancis dilakukan oleh pertahanan mereka, Theo Hernandez pada minit ke-90.

Generasi emas Belgium sekali lagi gagal memenangi sebarang piala dalam sejarah mereka. Bermula daripada Euro 2016, Piala Dunia 2018 sehinggalah Piala Bangsa Eropah 2020, Euro 2020 dan kini Piala Bangsa Eropah 2021, Belgium terus kecundang.

Peluang terakhir generasi emas ini adalah Piala Dunia 2022. Atau generasi ini akan hanya dikenang sebagai generasi emas yang malang.

Sebelum gol Theo Hernandez itu, Belgium girang meraikan gol Lukaku, memikirkan bahawa mereka baru memenangi perlawanan. Namun VAR mengesahkan bahawa gol itu tidak bersih dan ofsaid.

Belgium mendahului menerusi Yannick Carrasco pada minit ke-37. Dan tiga minit kemudian Lukaku menggandakan kedudukan untuk mereka masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol.

Bersambung separuh masa kedua, skripnya berbeza. Karim Benzema membawa Perancis kembali ke permainan pada minit ke-62 sebelum Kylian Mbappe menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti.

Perancis kemudian berada di prestasi terbaik mereka dalam perlawanan ini, tetapi tiga minit sebelum wisel penamat, Lukaku menjaringkan gol ketiga Belgium. Namun ianya dibatalkan.

Belgium malah melepaskan gol ketiga apabila Hernandez menewaskan penjaga gol lawan sebelum wisel penamat.

Tamat perlawanan, Belgium 2 Perancis 3.

Perancis akan bertemu Sepanyol dalam aksi final Piala Bangsa Eropah 2021.

Pasukan manakah pilihan anda?

Baca juga artikel

TERKINI: Konsortium Arab Saudi Sedia Umum Pemilikan Newcastle Hari Ini

Semifinal Piala Bangsa Eropah: Sepanyol Benam Rekod Tanpa Kalah Itali 37 Perlawanan

PSG Selar Sikap Real Madrid Suka Kacau Pemain Kelab Lain