Pasukan Three Lions hanya mencatatkan keputusan seri dengan Denmark pada perlawanan kedua Kumpulan UEFA Nations League A 2020/21 – Kumpulan 2.

Dalam aksi yang dilangsungkan di Parken Stadium, Copenhagen, perlawanan agak seimbang.

Namun prestasi England mendapat kritikan dengan mengambil kira mereka pasukan pilihan.

Denmark ternyata emberikan pakej kejutan kepada England pada separuh masa pertama. Southgate memutuskan untuk bermain dengan sistem back 3.

Boleh dikatakan separuh masa pertama dikuasai Denmark dan separuh masa kedua barulah England mendapat cengkaman dalam aksi ini.

Namun begitu kedua dua pasukan gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan ini.

Keputusan seri ini bermakna, England kekal di tempat kedua dalam kumpulan, sementara Denmark berjaya naik ke tempat ketiga.

England memulakan perlawanan ini dengan intensif. Mereka banyak melakukan ancaman dari sayap dan melakukan umpanan menerusi hantaran lintang.

Namun selepas itu Denmark telah mengambil alih penguasaan pada separuh masa pertama. Selepas minit ke-20 Denmark melakukan beberapa siri ancaman ke gawang England.

Agak menerima apabila Denmark tampil dengan taktikal yang lebih berdisiplin dan teratur berbanding England.

England bermasalah dengan permainan di ‘final third’ di mana mereka kerap kehilangan idea untuk mencipta peluang gol dengan lebih kreatif.

Pada minit ke-37, Jordan Pickford menafikan percubaan oleh Dolberg.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. England lebih teruk dengan tanpa sebarang percubaan tepat.

Masuk ke separuh masa kedua, Denmark masih menjadi pasukan lebih bahaya pada awal babak.

Dan selepas minit ke-60 barulah England mulai perlahan Lahan mengambil alih penguasaan bola.

Walaupun mendominasi namun Denmark berjaya membuatkan England buntu dengan organisasi mereka sebagai satu pasukan ketika bertahan.

England jelas sekali hilang ‘spark’ dalam perlawanan ini. Kesannya mereka keciciran mata di tangan Denmark selepas kemenangan tipis ke atas Iceland.

England hanya melakukan satu percubaan tepat ke kubu Denmark. Sedangkan sebelum ini Gilbratar pun melakukan 3 percubaan tepat ke atas Denmark.

Baca juga perkembangan lain

UNL: Dua Gol Cantik Ronaldo Benam Sweden

Bruno Fernandes Balas Sindiran Mourinho 2 Bulan Lalu Yang Memperlekehkan Sumbangan Golnya

UNL: Gol Masa Kecederaan Gaya Ikat Jerman, De Gea Dan Werner Cemerlang