England dikejutkan oleh Denmark dalam perlawanan keempat kempen Liga Negara Eropah bagi kumpulan A2.

Tuan rumah, England melayan kunjungan Denmark di Wembley. Dan mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam tempoh kira kira sejam selepas kad kuning kedua Harry Maguire.

Maguire dibuang padang minit ke-31 selepas menjatuhkan Kasper Dolberg.

Maguire cuba menghentikan lawan selepas beliau gagal mengawal kemas bola yang lari daripada kedudukan kakinya.

Pengadil tidak ada pilihan lain selain daripada kad kuning kepada pemain yang sudah ada kad kuning sejak minit ke-7 selepas mengasari Yusuff Poulsen.

EkUX1aBWAAIHuOc

Dengan memiliki kelebihan seorang, Denmark menggunakan sebaiknya peluang untuk membawa pulang 3 mata dari Wembley.

Hanya 3 minit selepas kad merah Maguire, Denmark mendapat penalti. Ianya kerana Kyle Walker mengasar Thomas Daleney.

Pakar penalti Denmark, Christian Eriksen tiada masalah untuk menyempurnakan penalti tersebut. Dan masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan tersebut.

Pada babak kedua, England masih begelut untuk mencipta lebih banyak peluang lebih lebih lagi dengan kekurangan seorang pemain.

Kasper Schmeichel juga tampil cemerlang untuk memastikan England tidak mendapat walau satu gol pun.

Reece James dilayangkan kad merah selepas wisel penamat.

Denmark berjaya bertahan dan memenangi perlawanan. Keputusan yang memastikan Denmark berada di atas England dalam carta kumpulan A2.

Mereka berkongsi mata dengan England, tetapi ada perbezaan jaringan yang lebih baik.

carta

Selepas tamat perlawanan, pengurus England menyatakan sokongan beliau kepada kapten Man United — Harry Maguire. Sambil menyifatkan pemain itu kini berada pada tempoh yang sangat sukar dalam kariernya.

Baca juga perkembangan lain

Bangganya Messi Ketuai Argentina Menamatkan Badi La Paz Selepas 15 Tahun, Tempat Dia Pernah Termuntah

Scholes: “Martial ‘Scam’ Kita Semua Musim Lepas”

TERKINI: Cristiano Ronaldo Positif Covid-19, Camavinga Nampaknya Kena Cuci Juga Jersi CR7