Premier League kini sudah berkira kira untuk menyambung semula aksi liga mereka dengan pertembungan di antara Manchester United bertandang ke tempat lawan menentang Tottenham.

Walaubagaimanapun, tarikh permulaan sambung semula liga pada 12 Jun ini dibatalkan setelah kelab menegaskan para pemain memerlukan latihan dengan kontak sepenuhya selama tiga minggu sebelum bermain.

Bola sepak di England telah ditangguhkan sejak awal bulan Mac kerana wabak koronavirus dan penguncian di UK.

Menurut ESPN, satu mesyuarat akan berlangsung minggu ini untuk menentukan tarikh memulakan semula liga.

Mesyuarat itu mungkin akan berlangsung pada Jumaat ini menerusi persidangan video.

EPL kini mensasarkan projet ‘restart’ pada 19 Jun atau 29 Jun sebagai tarikh sambungan semula liga. Ini kerana banyak kelab masih khuatir akan risiko kecederaan pemain mereka jika permainan disambung terlalu awal.

Pemain sudah pun kembali menjalani latihan minggu lalu, tetapi sesi hanya terhad kepada kumpulan kecil dan latihan yang intensiti rendah.

Masih belum ada keputusan muktamad mengenai bila liga akan disambung semula dan akan ada satu pertemuan di antara pemegang saham dalam minggu ini untuk membincangkan isu ‘penilaian risiko dan rancangan mitigasi ‘.

Terdapat juga beberapa pemain yang enggan kembali ke pusat latihan kerana risau dengan situasi wabak. Misalnya N’Golo Kante dan Troy Deeney.

Man United dan Spurs sedang bersiap sedia untuk memulakan semula liga apabila ianya disambung kelak.

Dua pasukan tersebut tengah sengit berebutkan tempat ke slot UCL pada musim hadapan. Ini juga aksi melibatkan bekas pengurus United, Jose Mourinho berhadapan dengan kelab lamanya.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Saksikan Detik Werner Cuak, Rakan Lupa Penjarakan Sosial Ketika Rai Gol

Villas Boas Tak Ingin Sertai Newcastle, Setia Bersama Marseille Yang Dalam Krisis Kewangan

Statistik Mengejutkan, Pencapaian Juventus Dengan Atau Tanpa De Ligt Di Atas Padang